Fw: Ubi Kentang

Assalamualaikum w.b.t...

Hm...hari ni makcik ase nk share 1 citer yg makcik dpt dr shbt makcik..hentah mane dy copy pown makcik tatau. Tp kalu la ade tuan punye cite ni gtau la makcik k (xmintx izin.hehehe).
Sekadar perkongsian bersama shbt2 semua sementara makcik tunggu asam pedas kat dapur 2 masak...hehek3 :)

Alkisahnye....

Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si
Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastik
transparen bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang
tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci,
jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah
orang-orang yang dibenci.




Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg
plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana
perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg
plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke
toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid
mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan
baunya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu murid-murid tersebut berasa lega kerana penderitaan
mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya
membawa kentang-kentang tersebut selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya
semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk
tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi. Si Guru pun
menjelaskan apa erti dari " permainan " yang mereka jalankan. Si Guru
berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila
kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan
kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru
hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk)
kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya
..."
So pengajaran yg leh kite simpulkan daripada cerita yg di ceritakan kepada makcik dan makcik ceritakan kepada anda2 semua adalah...barang sesiapa yg ada kebencian terhadap orang
lain tu,eloklah dibuangkan dari hati masing2 supaya kita tidak menanggung
dosa sepanjang hayat kita.

Wallahu subhaanahu wataala aklam..

Wassalam :)

Category: 2 comments

2 comments:

Dr. Alex said...

whoa.. new template..
-yim

Mak Cik Medic said...

woit Dr. Alex..apekah???

Post a Comment